Sumber

Cara menyediakan tapak anda dengan terbaik untuk meningkatkan pendapatan AdSense anda

Imej sumber
Pengoptimuman iklan

Ingin meningkatkan pendapatan AdSense anda? Lihat 4 petua ini untuk meningkatkan tapak anda bagi menjana wang menggunakan AdSense.

Merancang untuk memulakan tapak bagi menjana pendapatan melalui Google AdSense atau mencari cara untuk meningkatkan pendapatan Google AdSense anda? Jika ya, berikut ialah beberapa petua tentang cara menyediakan tapak anda dengan terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya AdSense dan memaksimumkan pendapatan anda.

1. Buat kandungan unik yang berharga.

Sebagai permulaan, tapak anda pada awalnya boleh diluluskan oleh Google AdSense, tetapi disemak kemudian untuk jaminan kualiti. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh mengisi tapak anda dengan kandungan berkualiti rendah untuk mengindeks dan mengewangkan 100 halaman.

Sebaliknya, cari sesuatu yang amat anda minati dan cari pengguna lain yang meminati perkara yang sama. Kemudian bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan jenis kandungan yang ingin dibaca oleh pengguna lain yang meminati topik tersebut.

2. Pastikan tapak anda menonjol.

Pelawat ke tapak web anda mungkin tidak mengklik pada iklan AdSense secara terus dan jika mereka meninggalkan tapak selepas hanya melihat satu halaman, kemungkinan besar anda telah kehilangan mereka serta kemungkinan pendapatan AdSense mereka selama-lamanya. Itulah sebabnya anda perlu membuat tapak yang menonjol.

Maksudnya, anda perlu memastikan bahawa setiap pelawat yang datang ke tapak anda ingin meneroka tapak tersebut dengan lebih mendalam lagi. Terdapat beberapa cara untuk melakukan perkara ini. Sebagai permulaan, pastikan anda mempunyai navigasi yang jelas di bahagian atas tapak anda supaya pelawat boleh mencari bahagian yang terbaik.

Seterusnya pastikan setiap bahagian kandungan dipautkan kepada lebih banyak kandungan. Melalui cara ini, jika pelawat anda tidak menyukai halaman yang mereka tujui, mereka mungkin melihat pautan kepada topik lain yang mungkin diminati oleh mereka.

Akhir sekali, sediakan lebih banyak pautan kandungan dalam bar sisi. Beritahu pelawat anda tentang kandungan paling popular anda, kandungan anda yang paling banyak dikongsi dan kandungan anda yang mempunyai paling banyak komen. Pelawat pasti ingin tahu sebab kandungan khusus tersebut amat popular dan perkara ini memastikan mereka berada lebih lama di tapak anda. Ini bermakna, semakin kerap halaman anda dimuatkan, semakin banyak iklan yang akan dilihat oleh mereka, yang membawa kepada lebih banyak kemungkinan pendapatan Google AdSense.

3. Berikan pelawat tapak anda berbilang saluran untuk kembali ke tapak anda.

Jangan biarkan pelawat anda melupai tapak anda. Pengepala, bar sisi, penghujung kandungan dan pengaki merupakan tempat yang hebat untuk menyertakan berbilang saluran yang boleh digunakan oleh pelawat untuk berhubung dengan anda supaya mereka dapat mengikuti anda. Anda perlu menyertakan pilihan seperti ikut serta e-mel dan rangkaian sosial. Dengan cara ini, setiap kali anda menghasilkan atau mempromosikan kandungan, anda boleh mengingatkan pelawat anda tentang tapak anda dengan harapan dapat menarik mereka kembali dan mungkin mengklik pada lebih banyak iklan AdSense anda.

4. Optimumkan pengalaman pengguna anda.

Satu perkara yang menjejaskan kebanyakan pemilik tapak ialah pengalaman pengguna. Anda mungkin mempunyai kandungan terhebat dan peletakan iklan yang terbaik mungkin, tetapi jika tapak anda tidak dimuatkan pada peranti mudah alih atau dimuatkan dengan perlahan, anda boleh kehilangan ramai pelawat jauh lebih awal sebelum mereka berpeluang melihat kandungan anda atau mengklik iklan anda.

Itulah sebabnya penting untuk anda melakukan beberapa perkara bagi tapak anda. Pertama, jalankan beberapa ujian mudah menggunakan Uji Tapak Saya menggunakan Google untuk memastikan tapak anda berfungsi dengan baik bagi pengguna mudah alih dan dimuatkan dengan cepat. Jika tapak anda mempunyai apa-apa isu, kedua-dua alat ini akan menunjukkan isu tersebut kepada anda supaya anda dapat membetulkan isu tersebut.

Kedua, daftar untuk Analitis Google dan Konsol Carian Google jika anda belum berbuat demikian. Analitis Google membolehkan anda memerhatikan paras trafik anda, jadi jika anda melihat penurunan trafik, anda boleh menangani perkara tersebut dengan segera. Konsol Carian Google mempunyai pelbagai alat yang akan membantu anda mengetahui sama ada tapak web anda mempunyai apa-apa isu prestasi atau ralat lain yang boleh menyebabkan masalah kepada pelawat anda.