Sumber

Membuat kandungan tapak web yang hebat melalui 3 langkah

Imej sumber
Amalan terbaik

Pemasaran kandungan bukan sahaja mendorong pelawat baharu ke tapak web anda, tetapi turut menggalakkan mereka untuk kembali. Jadi manfaatkan alat ini yang dapat membantu.

Pemasaran kandungan yang hebat bukan sahaja mendorong pelawat baharu ke tapak anda, tetapi turut menarik pelawat terdahulu untuk kembali. Strategi kandungan adalah kunci utama, jadi manfaatkan alat yang dapat membantu ini.

1. Kenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi

Sebelum anda membuat apa-apa kandungan tapak web baharu, fahami minat dan gelagat penggunaan kandungan pengguna yang ingin anda jangkau. Cari kawasan yang menawarkan potensi paling tinggi. Contohnya, idea kandungan yang bitara – kandungan yang mempunyai minat atau pertanyaan yang tinggi tetapi kurang tapak yang sepadan – sering kali berbaloi jika dimanfaatkan kerana menawarkan cara untuk menonjolkan kandungan anda. 

  • Google Trends menunjukkan perkara yang dicari oleh pengguna di seluruh dunia. Ciri ini menganalisis kepopularan pertanyaan carian teratas dalam Carian Google merentas wilayah dan bahasa, serta memaparkan graf untuk membandingkan volum carian pertanyaan tertentu dari semasa ke semasa. Ikuti perkembangan carian sohor kini atau masukkan apa-apa istilah carian untuk menemui topik dan pertanyaan yang berkaitan. Teknik ini boleh memberi anda gambaran tentang perkara yang diminati oleh pengguna supaya anda dapat memperibadikan kandungan anda terhadap minat tersebut.

Petua pakar

  • Hab Soalan Google mengumpulkan soalan yang tidak dijawab terus daripada pengguna untuk mengenal pasti jurang kandungan dalam talian. Gunakan cerapan ini untuk membuat kandungan yang lebih baik untuk khalayak anda.
  • Market Finder mencari peluang baharu untuk menonjolkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Ciri ini menganalisis carian bulanan, arah aliran pasaran popular, pendapatan boleh guna per kapita dan bilangan pengguna Internet mengikut negara untuk membantu anda mengutamakan tempat bagi produk, perkhidmatan dan kandungan anda akan menarik paling banyak minat. Kenal pasti senarai pendek pasaran sasaran baharu yang berpotensi untuk jenama anda dan lanjutkan kandungan tapak anda kepada pengguna antarabangsa. 
  • Wawasan Pengguna Berita memberikan analisis tentang sumber trafik yang mendorong pengguna yang paling berkelayakan dan cara berinteraksi bersama pelawat anda dengan lebih baik. Contohnya, apabila NCI menunjukkan bahawa bilangan lawatan setiap pengguna adalah tinggi tetapi halaman setiap lawatan adalah rendah, ini merupakan isyarat bahawa kitaran semula dalaman boleh menjadi lebih baik. Letakkan pautan kepada kandungan anda yang berprestasi paling baik di bahagian bawah artikel dan jemput pembaca untuk mengklik. 

Jangan lupa

Semua kandungan mesti mematuhi Garis Panduan Kualiti Juruweb.

2. Tingkatkan pemasaran kandungan anda

Kenali khalayak anda dan cara mereka berinteraksi dengan tapak anda supaya anda dapat melihat perkara yang berkesan dan yang tidak berkesan, kemudian meningkatkan strategi kandungan anda dengan sewajarnya. Google Analitis menyertakan rangkaian alat untuk membantu anda membina gambaran yang lebih lengkap tentang pengguna anda dan mengenal pasti kawasan yang anda mungkin berprestasi lebih baik.

  • Laporan gelagat mendedahkan prestasi halaman dan kandungan keseluruhan tapak anda.
  • Apabila anda memautkan Konsol Carian dengan Google Analitis, anda dapat melihat pertanyaan yang membawa pengguna ke tapak anda, membetulkan isu dan menganalisis tera, klik dan kedudukan tapak anda di Carian Google. 
  • Wawasan Kandungan Masa Nyata membantu anda mengenal pasti artikel yang paling popular dalam kalangan pembaca anda serta topik lebih am yang sohor kini di wilayah anda.
Imej terbenam sumber

3. Ketahui lebih lanjut daripada petua dan aliran terkini

Jangan lupa untuk melihat pada gambaran yang lebih luas, termasuk cara penggunaan web oleh pengguna berkembang dan cara perniagaan lain bertindak balas.

  • Barometer Pengguna menunjukkan cara, masa dan sebab pengguna di seluruh dunia menggunakan web. Gedung penyelidikan dan sumber dalam talian yang semakin berkembang ini termasuk segala-galanya daripada data khusus negara tentang pilihan peranti pengguna kepada cerapan tentang cara pengguna membuat keputusan pembelian mereka.
  • Kisah kejayaan memberikan inspirasi dan idea daripada komuniti yang lebih luas, yang menunjukkan cara pengguna lain menggunakan AdSense untuk membantu mereka membiayai minat mereka.