Sumber

Pernahkah anda terfikir tentang cara menjana wang melalui iklan di tapak anda? Cubalah Google AdSense

Imej sumber
Bermula

Terdapat pelbagai cara untuk menjana wang melalui pengiklanan. Jika anda ingin menjana wang melalui Google, kami mencadangkan agar anda mencuba AdSense di tapak anda. Berikut ialah perkara yang perlu anda ketahui untuk bermula.

Tahukah anda bahawa terdapat berbilang cara untuk menjana wang menggunakan Google AdSense? Anda mungkin terlepas peluang menjana wang melalui Google. Jika anda ingin memaksimumkan keuntungan Google AdSense anda, pastikan untuk meneliti cara berikut bagi menjana wang menggunakan AdSense.

1. Buat jenis tapak web yang sesuai untuk Google AdSense.

Jenis tapak tertentu berprestasi lebih baik daripada tapak lain dalam menjana hasil Google AdSense. Dua perkara yang anda perlukan untuk menjana wang menggunakan AdSense ialah kandungan yang hebat dan banyak trafik.

Dari segi kandungan, terdapat dua jenis kandungan. Terdapat kandungan yang menarik pengguna baharu ke tapak anda pada setiap hari dan terdapat kandungan yang menarik pelawat kembali setiap hari. Sebaik-baiknya, anda perlu mempunyai keseimbangan yang baik dalam kedua-dua kandungan tersebut. Melalui cara ini, anda sentiasa menarik trafik baharu dan memastikan sebahagian besar trafik baharu tersebut menjadi pelawat setia.

Tapak yang sesuai untuk kandungan yang menarik pelawat baharu dan berulang termasuk yang berikut:

Walaupun bukan ini sahaja jenis tapak yang boleh anda buat, tapak tersebut merupakan yang paling mudah untuk dioptimumkan melalui kandungan yang hebat, dipromosikan dan mencari reka letak yang sesuai untuk memaparkan kandungan serta mendapatkan klik pada iklan Google AdSense anda.

2. Gunakan jenis unit iklan yang berlainan.

Syarikat yang berlainan akan menggunakan jenis gaya iklan yang berbeza semasa membuat iklan mereka menerusi alat terulung pengiklan - Google AdWords. Mereka akan mempunyai pilihan untuk membuat iklan berasaskan teks yang ringkas, iklan imej dan iklan video.

Memandangkan pengiklan mempunyai pilihan membuat iklan dalam format yang berlainan, anda hendaklah memberikan khalayak anda peluang untuk berhubung dengan pengiklan yang mempunyai iklan yang paling mungkin diklik oleh pengguna tersebut selepas menggunakan jenis unit iklan yang berbeza di tapak anda.

Apabila memutuskan jenis iklan untuk digunakan dan tempat bagi memaparkan iklan tersebut, pastikan anda mengutamakan pengalaman pengguna. Anda hendaklah mempunyai lebih banyak kandungan berbanding iklan di halaman anda pada setiap masa. Gunakan Analitis Google untuk menguji bilangan, peletakan dan gaya iklan di tapak anda untuk melihat iklan yang paling sesuai bagi tapak dan pelawat anda.

3. Paparkan Iklan Carian Tersuai AdSense.

Jika anda mempunyai tapak yang mempunyai banyak kandungan (blog, berita, forum, dll.), anda boleh menggunakan Carian Tersuai AdSense di tapak anda. Bukan sahaja ciri ini akan memberikan pengguna anda pengalaman yang hebat dengan membolehkan mereka mencari kandungan khusus di tapak anda, ciri ini juga akan membantu anda memaksimumkan keuntungan Google AdSense anda dengan memaparkan iklan bersama-sama hasil carian tapak anda.

Imej terbenam sumber

Harap maklum bahawa Carian Tersuai AdSense adalah berbeza daripada Carian Tersuai Google dan anda perlu memohon untuk menggunakan Carian Tersuai AdSense di tapak anda bagi mula menjana hasil menerusi pengguna carian di tapak anda.

4. Mula menjana wang menggunakan Google AdSense di YouTube.

Google AdSense bukan sahaja disasarkan kepada pengguna yang membuat kandungan berasaskan teks atau alat dalam talian percuma. Jika video merupakan kepakaran anda, maka mula terbitkan video yang unik di YouTube melalui saluran YouTube anda sendiri.

Setelah mewujudkan saluran, anda boleh pergi ke ciri saluran YouTube anda dan menghidupkan pengewangan. Ini akan membimbing anda menerusi proses memautkan saluran YouTube anda kepada akaun AdSense anda supaya anda boleh mengewangkan video anda.

Selepas menyambungkan saluran YouTube kepada akaun AdSense, anda boleh memilih video untuk diwangkan dan jenis iklan yang dipaparkan kepada penonton video anda. Hanya pergi ke Pengurus Video anda, semak video yang ingin anda wangkan dan pilih tetapan iklan video tersebut.

Imej terbenam sumber

Anda kemudian boleh menyemak imbas menerusi Pengurus Video anda pada bila-bila masa untuk melihat video yang telah diwangkan (berdasarkan tanda dolar berwarna hijau di sebelah video tersebut) dan mengurus tetapan video tersebut.